Selasa, 23 November 2010

Oman Umpama Mimpi


Jalan raya yang tenang. Payah nak tengok motosikal kat sini. Jadi tak de lah yang merempit! Bersih plak tu!




Makam Nabi I'mron di tengah-tengah bandar Salalah.

Masjid Sultan Qobuss. Sudah 40 tahun memerintah dan baginda disayangi rakyat. Sultan disini memegang kuasa pemerintahan.


Bulatan berhampiran Plabuhan Salalah.



Pelabuhan Salalah




22 Nov 2010 - Aku tiba...

Sungguh aku tak sangka masih wujud di dalam dunia...

Sebuah negara.
Air percuma.
Pelajaran Percuma.
Minyak 70 sen seliter.

Orang berhentikan kenderaan untuk si sakit melintas tanpa perlu ada trafik light. Tak perlu ada Zebra crossing.

Muslimah...
menutup aurat cukup sempurna. Bukan kerana dipaksa. Tetapi mereka rela.
Tidak ku lihat yang berpeleseran atau berpelukan.
Jika ada wanita, mesti ada lelaki mengiringi dengan penuh kehormatan.

Waktu malam,
Berehat dan minum di tepi jalan,
Tiada deringan motosikal mat rempit,
Tenang berehat ditengah bandar.

Walaupun ramai pendatang daripada India,
Mereka dilarang bekerja sebagai pemandu teksi dan kenderaan.
Perintah si Sultan,
Anak lelaki tempatan mesti ada pekerjaan.

Window shopping di Bazar,
Survey barang sambil tawar menawar,
Andai tak jadi beli,
Anda tak di marah, anda tak kena penampar.

Inilah Salalah, Bandar kedua terbesar Oman.
p/s: Mula-mula nak mengarang. Ntah tiba2 jadi macam puisi. Campur dengan malas. Jadi Malas nak karang balik. Tapi memang aman di sini!

Isnin, 22 November 2010

Subhanallah!!!



Kau Percaya??

Bolehkah kau percaya?

Kaya mengaku memahami Miskin,

Walaupun hidup tak biasa mengais.

Buta warna nampak hijau,

Walaupun hanya mengenal merah.

Pengarah simpati di mulut,

Buat buruh yang kolot.

Bolehkah kau fahami?

Konon berhati waja lelaki,

Tetapi dianya wanita.

Lembut dihati tanda menyayangi,

Meniru abi sifat si ummi, adakah sama?

Penindas menyumbang yang tertindas,

Kasihan kerna ia ditindas, ada nilainya?

Israel membela diri,

Dari Palestin yang kuat menyerangi?

Amerika mengamankan dunia,

Dengan membunuh tak kira siapa.

Kau hanya faham... jika kau adalah mereka...

Tak tahu kenyang jika kita kenal lapar.

Tak hargai senang jika kenal susah.

Abaikan sayang jika tak berpisah.

Biasa dengan manis, tanpa pahit di lidah.

Tak nafikan sekutu, sebelum mengEsakan-Nya.

Lepas mengenal lawan, barulah kau kenal kawan.

Pesanku, janganlah kau lupa keduanya,

Kemudian,

Barulah aku percaya.

Selasa, 5 Oktober 2010

Saat Pemergian...


Sedih nun di sudut jiwa. Apakan daya telah ditakdir pergi meninggalkan keluarga tercinta. Sedih memikirkan nasib si Isteri menjaga anak-anak tanpa bantuan suami, juga dia bekerja berbakti kepada pesakit yang menderita.

Apakan daya, takdir telahpun tertulis. Aku hanya mampu hidup di dalam arus Allah s.w.t.

Ku cuba ubati runtunan jiwa. Bukanlah mudah. Tentunya sukar. Itulah peritnya berkorban. Itulah sunnah seorang pejuang....

Ku harapkan redho ibu bapa. Manalah tahu, tidak mungkin lagi bersua....

Ku harapkan si Isteri sabar menanti, tabah jiwa dan cekal perasaan. Jasa mu tidak sia-sia. Tuhan akan membalas beribu ganda.

Ku doakan agar anak-anak sihat sejahtera. Juga ditabahkan kerana mereka juga mengerti erti tiada.

Ku pinta doa teman-teman dan guru-guru. Agar pemergianku ke lautan biru, selamat sentiasa walau badai melanda.

Namun, hidup di dunia ini sebentar sahaja. Sabda berpesan, sekadar pengembara berehat sebentar di bawah pohonan.

Maka, pergiku jauh lebih sebentar dibanding kehidupan. Kerana, lebih jauh lagi jaraknya di akhir saat pemergian....
Ku harapkan

Khamis, 23 September 2010

Ahad, 22 Ogos 2010

Label Halalan Toyyiban Untuk Filem




Pandangan Punca Zina

Semalam adalah episod terakhir, kartun aksi the Avatar. Tidaklah saya peminat setia- buka-buka tv itu yang ada. Namun terkadang merasa melihat kartun lebih baik daripada melihat cerita manusia sebenar. Sebab? Alasan saya, cerita dewasa teramatlah tidak "halal".

Namun, saya kemudiannya terkejut. Setelah si Avatar menang, kawan-kawannya seorang lelaki dan seorang perempuan berpelukan kerana gembira dan memadu kasih dan cinta. Saya terkedu kerana merasakan kartun yang dilihat oleh berjuta-juta kanak-kanak di malaysia pun ada unsur yang memangkinkan zina. Jadi Avatar pun sudah bertukar menjadi tidak 'halal'.

Rasulullah S.A.W. bersabda di dalam sebuah hadith qudsi yang menerangkan bahawa pandangan itu seperti panah beracun.

"Pandangan itu adalah panah beracun di antara panah iblis. Sesiapa yang meninggalkannya kerana takut kepadaKU, maka akan AKU gantikan dengan keimanan, yang ia dapatkan manisnya di dalam hatinya." - Hadith riwayat at-Tabrani dan al-Hakim.

Jadi bukanlah suatu yang pelik sekiranya zina berleluasa, apabila sejak kecil, anak-anak telah didedahkan dengan faktor-faktor yang menggalakkan zina. Dan manusia semakin jauh daripada keimanan.

Hal ini disokong oleh satu kajian yang dibuat oleh seorang pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Khaizil Ismail pada tahun 2007 mendapati 60 peratus kes perzinaan berpunca daripada menonton bahan-bahan lucah.

Isu Halalan Toyyiban Juga Sesuai Untuk Filem

Disebalik kekusutan kita memerangan zina, dan kesannya iaitu pembuangan bayi, fikiran kita lebih di"masai"kan dengan isu persijilan halal.

Sedangkan, soal makanan halal jauh lebih kecil daripada lahirnya seorang anak haram.

Dimaklumkan di sesawang FINAS, bahawa JAKIM menghantar panelnya dalam proses penapisan filem. Maka, moleklah kiranya panel mencadangkan agar digantikan semua pengkelasan label filem -18PG, 18 SX dan akhir-akhirnya umurnya diturunkan kepada 13 tahun- dengan label Halalan Toyyiba. Satu sahaja label yang kita perlu. Mudah, tepat lagi berkat.

Kalau kita tidak suka makan babi dan minum arak, maka, begitulah kita patut jijik melihat filem yang juga tidak halal, menggelapkan hati bahkan menggalakkan zina. Wallahu a'lam.

Khamis, 19 Ogos 2010

Bantulah Kami Yang Menipu...

Kepada cintaku Hawa....

Sudah lama ingin ku bicara,
Agar kau tidak lagi tertipu,
Oleh bisikan kami...kaum sejenisku.

Kamilah kaum yang hanyalah manusia,
Yang dibekal nafsu dan akal,
Yang fitrahnya perlukan sokonganmu,
Yang turut terkadang tertipu,
Oleh syaitan dan nafsu...

Kami kini diuji,
Kami disogok dengan kesedapan cinta kebinatangan,
Kami diceritakan yang cinta itu dambakan bukti,
Bukti yang engkau sanggup berkorban,
Mengikut kehendak kami,
Mengikut kehendak nafsu kami,
Kami diseru menikmati keindahanmu,
Biar belum tiba waktu,
Dikau halal untukku....

Sesetengah kami hanya mahu kamu,
Tetapi tidaklah mahu menanggungmu,
Menanggung anak-anak mu,
Kerana itu memeningkan kami,
Kerana kami juga mahu yang lain dari kaummu...

Engkau tidak percaya?
Memanglah percaya,
Kerana kami akan berikan duit berganda,
Yang entah mana datangnya...
Kerana kami akan mengucap kata cinta,
Hinggakan engkau tidak bisa menolaknya...
Kerana kami memuja dikau yang cantik jelita,
Dan engkau tentu kan percaya,
Kerana kami wangi selalu,
Hingga engkau terlupa saat busuknya kami,
Agar kami dapat takluki,
Mahkota engkau yang berharga....

Engkau tidak percaya?
Kan kami nampak baik?
Kerana akal kami lebih panjang...
Mengaburi dikau yang 9 nafsunya...

Kami menyeru,
Hati-hatilah dengan kami...

Engkau tergurilah kami,
Janganlah dibawa engkau kemana-mana,
Hingga tiada batas masa,
Hingga tiada batas bersama,
Hingga tiada lagi mahkota...

Pilihlah kami yang beragama,
Agar yang lain akan terasa terhina,
Kerana turut tidak mendidik jiwa,
Lantas kitab dan ulama' dapat bersua,
Agar dibaiki nafsu dan akal bertakhta,
Akhirnya engkau dapat dipelihara...

Sesungguhnya andai kami soleh,
Sungguhpun mungkin tidak mencintaimu,
Tidakkan mampu menyakitimu,
Kerana takutkan Tuhan yang satu....