Ahad, 22 Ogos 2010

Label Halalan Toyyiban Untuk Filem




Pandangan Punca Zina

Semalam adalah episod terakhir, kartun aksi the Avatar. Tidaklah saya peminat setia- buka-buka tv itu yang ada. Namun terkadang merasa melihat kartun lebih baik daripada melihat cerita manusia sebenar. Sebab? Alasan saya, cerita dewasa teramatlah tidak "halal".

Namun, saya kemudiannya terkejut. Setelah si Avatar menang, kawan-kawannya seorang lelaki dan seorang perempuan berpelukan kerana gembira dan memadu kasih dan cinta. Saya terkedu kerana merasakan kartun yang dilihat oleh berjuta-juta kanak-kanak di malaysia pun ada unsur yang memangkinkan zina. Jadi Avatar pun sudah bertukar menjadi tidak 'halal'.

Rasulullah S.A.W. bersabda di dalam sebuah hadith qudsi yang menerangkan bahawa pandangan itu seperti panah beracun.

"Pandangan itu adalah panah beracun di antara panah iblis. Sesiapa yang meninggalkannya kerana takut kepadaKU, maka akan AKU gantikan dengan keimanan, yang ia dapatkan manisnya di dalam hatinya." - Hadith riwayat at-Tabrani dan al-Hakim.

Jadi bukanlah suatu yang pelik sekiranya zina berleluasa, apabila sejak kecil, anak-anak telah didedahkan dengan faktor-faktor yang menggalakkan zina. Dan manusia semakin jauh daripada keimanan.

Hal ini disokong oleh satu kajian yang dibuat oleh seorang pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Khaizil Ismail pada tahun 2007 mendapati 60 peratus kes perzinaan berpunca daripada menonton bahan-bahan lucah.

Isu Halalan Toyyiban Juga Sesuai Untuk Filem

Disebalik kekusutan kita memerangan zina, dan kesannya iaitu pembuangan bayi, fikiran kita lebih di"masai"kan dengan isu persijilan halal.

Sedangkan, soal makanan halal jauh lebih kecil daripada lahirnya seorang anak haram.

Dimaklumkan di sesawang FINAS, bahawa JAKIM menghantar panelnya dalam proses penapisan filem. Maka, moleklah kiranya panel mencadangkan agar digantikan semua pengkelasan label filem -18PG, 18 SX dan akhir-akhirnya umurnya diturunkan kepada 13 tahun- dengan label Halalan Toyyiba. Satu sahaja label yang kita perlu. Mudah, tepat lagi berkat.

Kalau kita tidak suka makan babi dan minum arak, maka, begitulah kita patut jijik melihat filem yang juga tidak halal, menggelapkan hati bahkan menggalakkan zina. Wallahu a'lam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan