Selasa, 4 Mei 2010

Punca Zina Diakui Barat: Kembalikan Cinta Berlandas Syariat


Wow,
Saya teruja untuk berkongsi maklumat kajian yang dikemukakan oleh Azizi Bin Yahaya dan Asiah Binti Suari dari Universiti Teknologi Malaysia. Thanks Guys…

Sesetengah mengatakan janjitemu atau “dating” adalah sesuatu yang mesti diamalkan untuk mengenali pasangan. Betul ke?

Rupa-rupanya barat telah lama mengakui bahawa ianya (dating) sesuatu yang boleh menjurus kepada seks…

Janjitemu didefinisikan sebagai suatu bentuk interaksi yang berfokus kepada penglibatan dua pihak ke atas aktiviti yang memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak dan menggalakkan interaksi pada masa hadapan, komitmen emosi dan akhirnya, hubungan seks (Sugarman & Hotaling, 1989).

Begitu pula merujuk kepada merujuk kepada Gransee J.M., (2000), janjitemu juga merupakan suatu bentuk rekreasi, hiburan, memperoleh status sosial, memenuhi kehendak ego dalam
diri dan peluang untuk memenuhi kehendak naluri seks.

Al-Quran sudah mengingatkan 1400 tahun dahulu:
“Janganlah kamu dekati zina (dan perkara-perkara yang menjadi punca zina)” Surah An-Nur
Berdasarkan kepada laporan rasmi, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melaporkan terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama bapa, sejak tahun 2000 hingga pada bulan Julai 2008.

Ini bermakna secara purata, 2500 kes anak luar nikah direkodkan pada setiap bulan atau 83.3 kes pada setiap hari. Jika dianjurkan lagi, satu kes pendaftaran anak luar nikah berlaku dalam setiap 17 minit 17 saat!