Rabu, 28 April 2010

Gadis: Kenali Dirimu, Cintai Maruahmu


Hai adik-adik…


Hmmm… terima kasih kepada Kotex yang membuat kajian. Barulah kami tahu apa yang adik-adik faham tentang keperempuanan…


Adik-adik mungkin tergolong dari kalangan kelompok ini;
1. HAMPIR 100 peratus gadis di rantau ini termasuk di Malaysia tidak tahu membezakan antara mitos dan fakta berhubung biologi asas membabitkan tubuh mereka sendiri
2. 97 peratus gadis tidak tahu berapa lubang yang ada pada wanita dan sama ada kencing atau haid datang dari saluran sama
3. Mengikut kajian kuantitatif melibatkan 1,800 wanita berusia 16 hingga 24 tahun itu, Malaysia menduduki tangga tercorot dalam memahami isu kehamilan dan kedaraan
4. 60 peratus gadis percaya menyentuh payu dara akan menjadikannya semakin besar
5. 55 peratus lagi yakin memakai coli dengan kerap boleh mengakibatkan kanser payu dara
6. 21 peratus percaya makan berlebihan mempercepatkan kedatangan haid.
7. 56 peratus gadis dan wanita diterapkan dengan idea bahawa mereka tidak akan hamil jika melakukan hubungan seks sewaktu datang haid.
8. Didorong oleh sifat ingin tahu, bertanyakan tentang alat kelamin dan seks daripada budak lelaki.


Oleh yang demikian, maka kami cuba menjawab beberapa persoalan diatas… harap-harap adik-adik tidak keliru lagi…


1. Terdapat 3 saluran di bahagian kemaluan bawah seorang perempuan. Salur kencing, faraj (vagina) dan dubur (salur najis).
2. Menyentuh payudara TIDAK akan menyebabkan ia besar! Jadi jangan benarkan seorang lelaki lain menyentuhnya tanpa sebab munasabah seperti keperluan perubatan.
3. Memakai coli tidak menyebabkan cancer.
4. Makan berlebihan tidak menyebabkan haid. Namun, sekiranya ada gemuk, kitar haid anda mungkin terganggu!
5. Budak lelaki kebiasaannya tidak berpengalaman tentang hal-ehwal seksual. Walaupun kadang-kadang mungkin Nampak matang, namun, sekiranya pengetahuannua itu disandarkan kepada bacaan sendiri dan tidak dipandu agama, kami risau anda akan dipergunakan olehnya. Kajian menunjukkan yang remaja lelaki bercinta kerana dorongan seksual.


Kepada siapa hendak bertanya?
Adik-adik perlu pilih mereka yang dipercayai dan berauthoriti. Contohnya;
1. Doktor
2. Kaunsellor
3. Guru-guru agama



Selain itu, adik-adik tentu banyak mendengar kisah kawan-kawan remaja yang mengandung diluar pernikahan…
Cuba bayangkan…
Siapa yang akan bertanggungjawab? Seorang lelaki remaja yang masih belum bekerja? Kawan sebaya berumur 13 tahun?
Apa akan terjadi dengan anak yang dilahirkan diluar pernikahan?
Apakah masa depan pelajaran adik-adik?

APA YANG PENTING IALAH ADIK-ADIK MEMELIHARA MARUAH DIRI, PELIHARALAH KEPERAWANAN UNTUK SEORANG LELAKI YANG MAHU BERTANGGUNGJAWAB DIKEMUDIAN HARI SEBAGAI SEORANG SUAMI. PELIHARALAH MARUAH DAN KEMULIAN ADIK-ADIK.


“Dan janganlah kamu Menghampiri zina, sesungguhnya zina itu satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang buruk " [TMQ Al Isra' (17) : 32].

#ARTIKEL INI DIKARANG OLEH SEORANG PEGAWAI PERUBATAN.

Selasa, 27 April 2010

Cintai Maruah Diri


Cintai Fitrah


Seekor kucing berkata pada dirinya, "seronoknya kalau dapat hidup di dalam air. Tentu bebas ke mana-mana dengan mudah, tentu jugak banyak ikan untukku makan..."

Akhirnya si Kucing mengambil keputusan untuk tinggal di dalam air, melupakan FITRAHNYA yang diciptakan untuk hidup di darat.

Maka, penyesalan kucing tidak lagi bermakna, saat ia mula tinggal di dalam air.....

Apakah pula fitrah manusia?
Posted by Picasa

Khamis, 22 April 2010

Pendidikan Seks Perlu Ditukar Istilah




Kami hendak mengajak kawan-kawan merujuk kepada laporan the Star "Rethinking about sex education" 22 April 2010 yang mana artikel tersebut cuba menjelaskan keterbukaan barat terhadap pendidikan seks dan menjelaskan kandungan pengajaran yang bukan setakat mengenai alat kelamin, bahkan melibatkan adab perhubungan lelaki dan wanita.


Selain itu, eloklah juga dipertimbangkan saranan Dr M, dalam laporan Utusan semalam (21 April 2010) agar pendidikan seks tindak perlu disekolah kerana boleh diintegrasi dalam subjek agama.


Bukannya apa, dengan fikiran yang tak seberapa ini, kami melihat pengetahuan, sikap dan amalan masyarakat terhadap pendidikan seks ini berbeza dikalangan masyarakat.


Buktinya, kita dapat lihat perbezaan takrifan oleh kamus-kamus yang ada...


Kamus Dewan Edisi Ke-Empat mentakrifkan seks sebagai
1) sifat-sifat yang membezakan lelaki dan perempuan, jantina atau
2)keinginan syahwat.

Kamus Pelajar

1) Jenis-jenis alat kelamin, jantina

2) Hal-hal mengenai perhubungan lelaki dan perempuan, keinginan syahwat


Compact Oxford English Dictionary
noun

1 either of the two main categories (male and female) into which humans and most other living things are divided on the basis of their reproductive functions.

2 the fact of belonging to one of these categories.

3 the group of all members of either sex.

4 sexual activity, specifically sexual intercourse


Tidak perlulah kami menghuraikan definisi yang dah cukup memeningkan ini. Namun, seandainya rujukan yang jelas pun berbeza-beza dengan ketara, agaknya apakah yang tergambar difikiran kanak-kanak dan remaja bila disebut Pendidikan Seks kepada mereka.


Mungkin perlukan kepada istilah lain yang lebih murni dan menjelaskan maksud sebenar mereka yang ingin mengajar pendidikan tersebut. Kita faham, mereka hendak menekankan kepada adab perhubungan antara lelaki dan wanita.


Maka, eloklah digunakan istilah yang lebih beradab menurut kefahaman masyarakat kita.


Adab Hubungan Lelaki dan Wanita mungkin boleh digunakan.


Lebih penting lagi, agama perlulah menjadi asas perbincangan pendidikan tersebut dan bukannya menggunakan kefahaman daripada barat.

Isnin, 19 April 2010

Apakah kecintaan anda hari ini? -bhg 2

Pesan Imam Al-ghazali dalam Bidayatul Hidayah:

Dan Engkau, wahai penuntut,- tidak dapat melaksanakan segala perintah Allah Ta'ala kecuali dengan menguasai hati dan seluruh anggotamu pada sekalian masa dan nafasmu, bermula dari pagi sampai ke petang.

Dan ketahuilah bahawa Allah Ta'ala itu mengetahui segala yang ada di dalam hatimu dan dia menilik segala yang ada pada zahir dan batinmu...

Firman Allah:
"Dia (Allah) mengetahui pandangan mata yang khianat dan apa yang disembunyikan oleh hati."
-Surah Al-Mukmin, ayat 19-

Khamis, 15 April 2010

Apakah kecintaan anda hari ini?

Apabila kengkawan celikkan mata pagi tadi apa yang terlintas difikiran?

Kerja?
Baju tak sterika?
Qiam?
Nak makan apa sarapan nanti?
Solat subuh belum lagi?
Homework?
Syoknya nak bercuti?
Nak tidur balik?
Nak berus gigi dulu baru nak cakap?

Macam-macam ada.... inilah warna-warni kehidupan...

Namun, dalam banyak-banyak yang anda fikirkan, yang mana tak sah kalau tak diselesaikan?
Yang mana keperluan dan yang mana kehendak?
Yang mana wajib dan mana yang sunnat?

Cuba fikirkan...

Pernah anda terlewat bangun, dah dekat waktu bekerja... baju belum disterika... tapi pergilah jugak biar baju kedut seribu, asalkan bos tak marah? Ke anda sanggup lewat demi untuk men'sterika' baju dulu? takut bos ko takut tak "hensem"?

Bagi yang masih belajar. Bangun terlewat dah satu hal, homework pulak tak siap lagi. Sanggup dimarahi guru atau sanggup tak pergi kelas?

Samalah kita dengan tuhan.... kita takut ada yang sanggup tak solat, kerana takut terlewat kerana dimarahi bos....

Agaknya yang manakah kecintaan dan keutamaan kita....?

p/s: ada yang tak gosok gigi kerana takutkan bos?

Rabu, 14 April 2010

Kenali SAHABAT

Kelab Sahabat Penyayang Malaysia
(SAHABAT)
1882-04-13
Moto
“Kasih Sayang Memimpin Perubahan”
“Duta Kasih Sayang Dan Kebajikan”

Visi
Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO - Berdaftar ) Yang Komited Dalam Membangunkan Masyarakat Penyayang.

Misi
Menyumbang Bakti Kepada Negara Melalui Program Pembangunan Insan, Pendidikan, Kebajikan, Kemasyarakatan dan Kemanusiaan Dengan Matlamat Mewujudkan Masyarakat Penyayang.

Selasa, 13 April 2010

Kembalikan Cinta

Kini… semua manusia mencari cinta,

Termasuk kami… yang menawarkan cinta,

 

Pelbagai susur-galur cinta,

 

Yang sedih, mencari pencinta,

Diluah gundah gulana,

Agar bebas belenggu jiwa.

 

Yang gembira, ingin berkongsi cerita,

Agar pencinta seronok bersama.

 

Yang berbau badannya,

mencari wangian sempurna,

Agar ia bertemu pencinta.

 

Si dara, turutkan apa sahaja kemahuan teruna,

Kerana disangkanya cinta itu telah sempurna.

 

Sang pemuda, kerana cintakan karibnya,

Menyangka khamr itu punca perkasa.

 

Mujur si anak mentaati ibunya,

Lenyap di hati saingan cinta.

 

Aku hairan melihat pendeta,

Ilmu ditimba berabad lama,

Rupanya cinta sebati dijiwa.

 

Namun sedarlah fitrah di jiwa,

Harapan berjumpa pemilik cinta,

Dia yang memegang jiwa dan rasa,

1000 nafsi,  1 bersua,

Tanda sukar menggapai cinta-Nya….