Khamis, 22 April 2010

Pendidikan Seks Perlu Ditukar Istilah




Kami hendak mengajak kawan-kawan merujuk kepada laporan the Star "Rethinking about sex education" 22 April 2010 yang mana artikel tersebut cuba menjelaskan keterbukaan barat terhadap pendidikan seks dan menjelaskan kandungan pengajaran yang bukan setakat mengenai alat kelamin, bahkan melibatkan adab perhubungan lelaki dan wanita.


Selain itu, eloklah juga dipertimbangkan saranan Dr M, dalam laporan Utusan semalam (21 April 2010) agar pendidikan seks tindak perlu disekolah kerana boleh diintegrasi dalam subjek agama.


Bukannya apa, dengan fikiran yang tak seberapa ini, kami melihat pengetahuan, sikap dan amalan masyarakat terhadap pendidikan seks ini berbeza dikalangan masyarakat.


Buktinya, kita dapat lihat perbezaan takrifan oleh kamus-kamus yang ada...


Kamus Dewan Edisi Ke-Empat mentakrifkan seks sebagai
1) sifat-sifat yang membezakan lelaki dan perempuan, jantina atau
2)keinginan syahwat.

Kamus Pelajar

1) Jenis-jenis alat kelamin, jantina

2) Hal-hal mengenai perhubungan lelaki dan perempuan, keinginan syahwat


Compact Oxford English Dictionary
noun

1 either of the two main categories (male and female) into which humans and most other living things are divided on the basis of their reproductive functions.

2 the fact of belonging to one of these categories.

3 the group of all members of either sex.

4 sexual activity, specifically sexual intercourse


Tidak perlulah kami menghuraikan definisi yang dah cukup memeningkan ini. Namun, seandainya rujukan yang jelas pun berbeza-beza dengan ketara, agaknya apakah yang tergambar difikiran kanak-kanak dan remaja bila disebut Pendidikan Seks kepada mereka.


Mungkin perlukan kepada istilah lain yang lebih murni dan menjelaskan maksud sebenar mereka yang ingin mengajar pendidikan tersebut. Kita faham, mereka hendak menekankan kepada adab perhubungan antara lelaki dan wanita.


Maka, eloklah digunakan istilah yang lebih beradab menurut kefahaman masyarakat kita.


Adab Hubungan Lelaki dan Wanita mungkin boleh digunakan.


Lebih penting lagi, agama perlulah menjadi asas perbincangan pendidikan tersebut dan bukannya menggunakan kefahaman daripada barat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan