Rabu, 28 April 2010

Gadis: Kenali Dirimu, Cintai Maruahmu


Hai adik-adik…


Hmmm… terima kasih kepada Kotex yang membuat kajian. Barulah kami tahu apa yang adik-adik faham tentang keperempuanan…


Adik-adik mungkin tergolong dari kalangan kelompok ini;
1. HAMPIR 100 peratus gadis di rantau ini termasuk di Malaysia tidak tahu membezakan antara mitos dan fakta berhubung biologi asas membabitkan tubuh mereka sendiri
2. 97 peratus gadis tidak tahu berapa lubang yang ada pada wanita dan sama ada kencing atau haid datang dari saluran sama
3. Mengikut kajian kuantitatif melibatkan 1,800 wanita berusia 16 hingga 24 tahun itu, Malaysia menduduki tangga tercorot dalam memahami isu kehamilan dan kedaraan
4. 60 peratus gadis percaya menyentuh payu dara akan menjadikannya semakin besar
5. 55 peratus lagi yakin memakai coli dengan kerap boleh mengakibatkan kanser payu dara
6. 21 peratus percaya makan berlebihan mempercepatkan kedatangan haid.
7. 56 peratus gadis dan wanita diterapkan dengan idea bahawa mereka tidak akan hamil jika melakukan hubungan seks sewaktu datang haid.
8. Didorong oleh sifat ingin tahu, bertanyakan tentang alat kelamin dan seks daripada budak lelaki.


Oleh yang demikian, maka kami cuba menjawab beberapa persoalan diatas… harap-harap adik-adik tidak keliru lagi…


1. Terdapat 3 saluran di bahagian kemaluan bawah seorang perempuan. Salur kencing, faraj (vagina) dan dubur (salur najis).
2. Menyentuh payudara TIDAK akan menyebabkan ia besar! Jadi jangan benarkan seorang lelaki lain menyentuhnya tanpa sebab munasabah seperti keperluan perubatan.
3. Memakai coli tidak menyebabkan cancer.
4. Makan berlebihan tidak menyebabkan haid. Namun, sekiranya ada gemuk, kitar haid anda mungkin terganggu!
5. Budak lelaki kebiasaannya tidak berpengalaman tentang hal-ehwal seksual. Walaupun kadang-kadang mungkin Nampak matang, namun, sekiranya pengetahuannua itu disandarkan kepada bacaan sendiri dan tidak dipandu agama, kami risau anda akan dipergunakan olehnya. Kajian menunjukkan yang remaja lelaki bercinta kerana dorongan seksual.


Kepada siapa hendak bertanya?
Adik-adik perlu pilih mereka yang dipercayai dan berauthoriti. Contohnya;
1. Doktor
2. Kaunsellor
3. Guru-guru agama



Selain itu, adik-adik tentu banyak mendengar kisah kawan-kawan remaja yang mengandung diluar pernikahan…
Cuba bayangkan…
Siapa yang akan bertanggungjawab? Seorang lelaki remaja yang masih belum bekerja? Kawan sebaya berumur 13 tahun?
Apa akan terjadi dengan anak yang dilahirkan diluar pernikahan?
Apakah masa depan pelajaran adik-adik?

APA YANG PENTING IALAH ADIK-ADIK MEMELIHARA MARUAH DIRI, PELIHARALAH KEPERAWANAN UNTUK SEORANG LELAKI YANG MAHU BERTANGGUNGJAWAB DIKEMUDIAN HARI SEBAGAI SEORANG SUAMI. PELIHARALAH MARUAH DAN KEMULIAN ADIK-ADIK.


“Dan janganlah kamu Menghampiri zina, sesungguhnya zina itu satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang buruk " [TMQ Al Isra' (17) : 32].

#ARTIKEL INI DIKARANG OLEH SEORANG PEGAWAI PERUBATAN.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan