Khamis, 19 Ogos 2010

Bantulah Kami Yang Menipu...

Kepada cintaku Hawa....

Sudah lama ingin ku bicara,
Agar kau tidak lagi tertipu,
Oleh bisikan kami...kaum sejenisku.

Kamilah kaum yang hanyalah manusia,
Yang dibekal nafsu dan akal,
Yang fitrahnya perlukan sokonganmu,
Yang turut terkadang tertipu,
Oleh syaitan dan nafsu...

Kami kini diuji,
Kami disogok dengan kesedapan cinta kebinatangan,
Kami diceritakan yang cinta itu dambakan bukti,
Bukti yang engkau sanggup berkorban,
Mengikut kehendak kami,
Mengikut kehendak nafsu kami,
Kami diseru menikmati keindahanmu,
Biar belum tiba waktu,
Dikau halal untukku....

Sesetengah kami hanya mahu kamu,
Tetapi tidaklah mahu menanggungmu,
Menanggung anak-anak mu,
Kerana itu memeningkan kami,
Kerana kami juga mahu yang lain dari kaummu...

Engkau tidak percaya?
Memanglah percaya,
Kerana kami akan berikan duit berganda,
Yang entah mana datangnya...
Kerana kami akan mengucap kata cinta,
Hinggakan engkau tidak bisa menolaknya...
Kerana kami memuja dikau yang cantik jelita,
Dan engkau tentu kan percaya,
Kerana kami wangi selalu,
Hingga engkau terlupa saat busuknya kami,
Agar kami dapat takluki,
Mahkota engkau yang berharga....

Engkau tidak percaya?
Kan kami nampak baik?
Kerana akal kami lebih panjang...
Mengaburi dikau yang 9 nafsunya...

Kami menyeru,
Hati-hatilah dengan kami...

Engkau tergurilah kami,
Janganlah dibawa engkau kemana-mana,
Hingga tiada batas masa,
Hingga tiada batas bersama,
Hingga tiada lagi mahkota...

Pilihlah kami yang beragama,
Agar yang lain akan terasa terhina,
Kerana turut tidak mendidik jiwa,
Lantas kitab dan ulama' dapat bersua,
Agar dibaiki nafsu dan akal bertakhta,
Akhirnya engkau dapat dipelihara...

Sesungguhnya andai kami soleh,
Sungguhpun mungkin tidak mencintaimu,
Tidakkan mampu menyakitimu,
Kerana takutkan Tuhan yang satu....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan