Selasa, 5 Oktober 2010

Saat Pemergian...


Sedih nun di sudut jiwa. Apakan daya telah ditakdir pergi meninggalkan keluarga tercinta. Sedih memikirkan nasib si Isteri menjaga anak-anak tanpa bantuan suami, juga dia bekerja berbakti kepada pesakit yang menderita.

Apakan daya, takdir telahpun tertulis. Aku hanya mampu hidup di dalam arus Allah s.w.t.

Ku cuba ubati runtunan jiwa. Bukanlah mudah. Tentunya sukar. Itulah peritnya berkorban. Itulah sunnah seorang pejuang....

Ku harapkan redho ibu bapa. Manalah tahu, tidak mungkin lagi bersua....

Ku harapkan si Isteri sabar menanti, tabah jiwa dan cekal perasaan. Jasa mu tidak sia-sia. Tuhan akan membalas beribu ganda.

Ku doakan agar anak-anak sihat sejahtera. Juga ditabahkan kerana mereka juga mengerti erti tiada.

Ku pinta doa teman-teman dan guru-guru. Agar pemergianku ke lautan biru, selamat sentiasa walau badai melanda.

Namun, hidup di dunia ini sebentar sahaja. Sabda berpesan, sekadar pengembara berehat sebentar di bawah pohonan.

Maka, pergiku jauh lebih sebentar dibanding kehidupan. Kerana, lebih jauh lagi jaraknya di akhir saat pemergian....
Ku harapkan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan